.

.

Penyokong maut selepas tonton perlawanan

MELAKA 26 Jun - Seorang penyokong Melaka United maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas di Jalan Ayer Jernih, Ayer Molek di sini awal pagi tadi.

Ashraf Amilie Asri Kamal, 21, dilaporkan memandu pulang ke rumahnya di Lubok Cina secara sendirian selepas menyaksikan perlawanan persahabatan antara Melaka United dan ATM FA di Stadium Hang Tuah malam tadi.

Menurut sumber yang diviralkan di laman sosial, mangsa didakwa mengalami kemalangan kira-kira pukul 1 pagi namun mangsa hanya dijumpai penduduk kampung lima jam selepas itu.

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia di Hospital Alor Gajah awal pagi tadi.

Blog Melaka United mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan semoga Allahyarham ditempatkan bersama golongan yang beriman.

Selain itu, kami ingin mengingatkan penyokong Melaka United supaya berhati-hati ketika memandu datang dan pulang ke stadium bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Powered by Blogger.