Selepas berdepan krisis kecederaan dan penggantungan pemain dalam beberapa perlawanan sebelum ini, Melaka United tiba di Kuantan semalam dengan membariskan pemain terbaik mereka.
Dengan kembalinya 'budak nakal', Labinot Harbuzi atau Labi ke dalam pasukan, keempat-empat tonggak import dijangka akan digunakan sepenuhnya Mat Zan Mat Aris bagi membawa pulang tiga mata penuh.
KEMBALI... Kehadiran Labi amat diperlukan bagi menggerakkan jentera tengah Melaka United. |
Penambahan beberapa muka baharu juga sedikit sebanyak memperkuatkan pasukan khususnya, Ahmad Ezrie Shafizie, Mohd. Ferris Danial dan Ahmad Khuzaimie Piee yang berjaya mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama.
Namun, difahamkan Fiqri Azwan Ghazali masih mengalami kecederaan sementara Khair Jones dan Mohd Alif Shamsudin masih belum cergas sepenuhnya.
Keadaan semasa ini pastinya melegakan Mat Zan dalam misi mempertahankan kedudukan Melaka United di persada liga.
Pemain-pemain pula diingatkan supaya mengekalkan konsistensi dan tidak mengamalkan sikap memandang rendah lawan serta terus meningkatkan mutu permainan masing-masing.
Ini kerana Melaka United hanya mencatat keputusan tipis 3-2 pada pertemuan pusingan pertama musim ini Stadium Hang Jebat dan sambil sebarang kesilapan pastinya akan digunakan sebaik mungkin Kuantan FA untuk memberikan kemenangan kepada penyokong mereka di Stadium Darul Makmur.
Foto: MUSA
Foto: MUSA