Ketiadaan skipper, Illija Spasojevic memberi impak besar dalam skuad Melaka United apabila skuad bimbingan Mat Zan Mat Aris itu tunduk 2-3 kepada 10 pemain Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi.
Memburu kemenangan kedua berturut-turut dalam kempen Piala Malaysia, Melaka United turun tanpa dua tonggak import, Spasojevic dan Alex Tudose yang diketepikan kerana kecederaan serta kecergasan.
Masih segar selepas kemenangan ke atas Kuala Lumpur, segala tampak mudah bagi skuad ini apabila penyerang, Yashir Pinto meledak gol sulung pada minit ke-13.
Namun, tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-27 menerusi jaringan tonggak import, Alex.
Namun, tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-27 menerusi jaringan tonggak import, Alex.
Negeri Sembilan terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Hariri dibuang padang namun tuan rumah terus mengganas selepas itu apabila berjaya menjaringkan dua gol dalam tempoh tiga minit.
Kegagalan memperbaiki kelemahan gerakan bola mati anak buah Mat Zan dihukum Alex dan Henrique pada minit ke-37 dan 40.
Penyerang baharu Melaka United, kembali membuka ruang kebangkitan menerusi jaringan pada minit ke-60 namun kegagalan Yashir menyempurnakan sepakan penalti tujuh minit berselang cukup memberikan tuan rumah kemenangan berharga di gelanggang sendiri.
Kekalahan ini pastinya membuka mata pasukan kejurulatihan untuk terus memperbaiki kelemahan yang ada apabila pasukan gagal sering dibolosi dalam setiap perlawanan, sebaik sahaja pusingan kedua Liga Malaysia bersambung.
Mungkin Mat Zan perlu menilai semula kemampuan penjaga gol dan melakukan rombakan kecil di barisan pertahanan bagi menghasilkan benteng ampuh yang sukar digempur penyerang lawan.
Mungkin Mat Zan perlu menilai semula kemampuan penjaga gol dan melakukan rombakan kecil di barisan pertahanan bagi menghasilkan benteng ampuh yang sukar digempur penyerang lawan.
Kalah sekali tidak bererti tidak akan kalah lagi. Gegau Melaka Gegau!
Foto: MUSA
Foto: MUSA