.

.

Ledakan Spaso, Yashir benam DRB-HICOM

Melaka United berjaya mengekalkan kedudukan selaku pendahulu Liga Perdana selepas menundukkan DRB-HICOM FC, 2-0, di Stadium Hang Jebat, sebentar tadi.
  
Turun dengan misi tiga mata penuh, babak awal menyaksikan perlawanan seimbang ditampilkan kedua-dua pasukan berikutan keadaan padang yang licin sekali gus membataskan pergerakan.


Namun, skipper, Illija Spasojevic berjaya memanfaatkan peluang terhidang bagi memberikan gol sulung tuan rumah pada minit ke-26.

DRB-HICOM FC yang turun tanpa tonggak utamanya, Ivan Babic ternyata gagal memberikan saingan sebaliknya beberapa gerakan menarik dicipta Melaka United bagi menambah jaringan.

ASAK... Pertahanan DRB-HICOM FC mengasak pemain sayap, Jasmir Mehat daripada terus mara ke gawang mereka. Foto: MUSA
Usah keras pasukan kendalian Mat Zan Mat Aris itu akhirnya berbaloi apabila penyerang, Yashir Pinto berjaya meledak gol kedua Melaka United pada minit ke-79 sekali gus mengesahkan kemenangan tuan rumah.

Kemenangan ini meletakkan Melaka United kekal sebagai peneraju Liga Perdana dengan 33 mata daripada 14 perlawanan, meninggalkan pasukan tangga kedua, JDT II (31) dan diikuti PKNS FC (29).

Melaka United selepas ini bakal bertemu Kuantan FA bagi perlawanan ke-15 Liga Perdana yang dijadualkan berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Powered by Blogger.