.

.

Gol Spaso hidupkan kembali peluang Melaka United


Kapten Melaka United, Ilija Spasojevic menghidupkan kembali peluang pasukannya dalam kancah Piala Malaysia apabila dua gol penyerang itu membantu tuan rumah menundukkan Negeri Sembilan, 2-0, di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, malam tadi.

Walaupun tidak meletakkan harapan yang tinggi dalam kempen Piala Malaysia, semangat semangat pemain Melaka United nyata tidak luntur apatah lagi menyerah ketika saingan hanya berbaki dua perlawanan.

Tuan rumah membuka jaringan seawal minit ketujuh menerusi penyudah berkesan Spasojevic yang digandingkan bersama Nurshamil Abd. Ghani di jentera serangan pasukan.

Gawang Negeri Sembilan bocor lagi apabila Spasojevic berjaya memanfaatkan peluang terhidang bagi meletakkan Melaka United selesa 2-0 di hadapan.

Kedua-dua pasukan saling mengatur gerakan namun benteng ampuh Melaka United memberikan pasukan bimbingan Mat Zan Mat Aris itu tiga mata penuh di halaman sendiri.

Melaka United kekal di kedudukan ketiga dalam Kumpulan D dengan enam mata, tiga mata di belakang Negeri Sembilan sambil Felda United telah pun layak ke peringkat seterusnya.

Melaka United perlu menundukkan Terengganu dalam aksi terakhir Kumpulan D sambil mengharapkan Negeri Sembilan tumpas kepada Felda United.

Foto: MUSA
Powered by Blogger.