.

.

Yashir bidas laporan mengelirukan kenyataannya


Usah dijolok sarang tebuan. Itulah amaran kepada sebuah portal berbahasa Inggeris edisi Malaysia yang mengeluarkan berita mengelirukan berhubung kenyataan penyerang import Melaka United, Yashir Pinto.

Penyerang kelahiran Chile itu ternyata tidak berpuas hati terhadap laporan portal berkenaan dan turut memberikan amaran menerusi komen di Facebook rasmi portal itu.

"Sila berhati-hati dan ambil perhatian terhadap perkataan yang anda gunakan kerana saya tidak pernah berkata begitu.

"Jika anda tidak bercakap dalam bahasa Sepanyol, tolong jangan ada-adakan (sesuatu yang tak ada)," katanya.

Portal tersebut menyiarkan laporan berhubung kenyataan Yashir mengenai bola sepak di Malaysia masih di tahap amatur lagi.

Laporan itu disiarkan berdasarkan temubual sebuah portal di Chile mengenai perkembangan karier Yashir di negara ini.

Foto: MUSA
Powered by Blogger.