.

.

ABK2016: Spasojevic rangkul dua anugerah


PENYERANG sensasi Melaka United, Ilija Spasojevic merangkul dua trofi dalam majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan yang berlangsung di Hotel Geno, Subang, malam tadi.

Pada majlis berprestij bagi meraikan bintang-bintang yang menyinar dalam kancah Liga Malaysia itu, Spasojevic telah dipilih sebagai penerima anugerah Penjaring Terbanyak Import Liga Perdana dan Penerima Kasut Emas Liga Malaysia.

Selain daripada anugerah individu yang dirangkul penyerang berasal dari Montenegro itu, penyokong Melaka United turut diiktiraf sebagai Anugerah penyokong Terbaik 2016.

TERBAIK... Spasojevic diumumkan sebagai penjaring terbanyak import Liga Perdana musim ini.
Pengiktitrafan ini jelas menunjukkan semangat kesukanan dan kesetiaan penyokong yang sentiasa berada di belakang pasukan terutama ketika Melaka United berada di zaman kejatuhan dan beraksi di Liga FAM selama lima tahun.

Berikut merupakan keputusan penuh Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2016:

1. Pemain Paling Bernilai – Ahmad Hazwan Bakri (Selangor)
2. Penyerang Terbaik – Ahmad Hazwan Bakri (Selangor)
3. Pemain Tengah Terbaik – Safiq Rahim (Johor Darul Ta’zim)
4. Pertahanan Terbaik – Rizal Ghazali (Kedah)
5. Penjaga Gol Terbaik – Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
6. Jurulatih Terbaik – Tan Cheng Hoe (Kedah)
7. Pemain Import Terbaik – Jorge Pereyra Diaz (Johor Darul Ta’zim)
8. Pemain Muda Harapan – Safawi Rasid (T-Team)
9. Anugerah Fair Play – Negeri Sembilan
10. Pemain Wanita Terbaik – Dadree Rofinus (MISC-MIFA)
11. Penjaring Terbanyak Liga Malaysia - Ilija Spasojevic (Melaka United)
12. Penjaring Terbanyak Tempatan (Liga Super) – Fazrul Hazli (Perak)
13. Penjaring Terbanyak Import (Liga Super) – Jorge Pereyra Diaz (Johor Darul Ta’zim)
14. Penjaring Terbanyak Tempatan (100PLUS Liga Premier) – Abdul Malik Mat Ariff (Kuantan FA)
15. Penjaring Terbanyak Import (100PLUS Liga Premier) - Ilija Spasojevic (Melaka United)
16. Pasukan Bolasepak Terbaik – Johor Darul Ta’zim 
17. Penyokong Terbaik – Johor Darul Ta’zim & Melaka United
18. Media Sosial Terbaik - Johor Darul Ta’zim
19. Laman Web Terbaik - Johor Darul Ta’zim
20. Anugerah Komuniti – Subadron Aziz Academy
21. Anugerah Komuniti - Kindness Malaysia
22. Anugerah Khas (Piala Presiden) – Kelantan 
23. Anugerah Khas (Piala Belia) – Sekolah Sukan Bukit Jalil
24. Anugerah Selamat Datang – MISC MIFA
25. Anugerah Selamat Datang – PKNP FC
26. Penghargaan Khas – Faiz Subri (Anugerah FIFA Puskas 2016)
27. Penghormatan Khas – Ah Wa (Penyokong Bolasepak Perak)

Foto: FB MUSA, Utusan Online
Powered by Blogger.