.

.

Melaka United pilih Aseh jika TMJ juga terlibat dalam FAM


Pengerusi Jawatankuasa Integriti Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Aseh Che Mat nampak mendapat undi awal apabila Melaka United menyatakan sokongan terhadap beliau bagi memimpin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Namun, undi tersebut bukanlah dilakukan secara semborono sebaliknya Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Mohd. Yusoff Mahadi mahu Aseh turut membawa bersama Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam kepimpinan badan induk bola sepak tempatan itu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mohd, Yusoff memberitahu, Tunku Ismail lebih selesa ber­ada di dalam FAM sebagai Penaung atau Penasihat Diraja bagi FAM jika semua ahli gabungan memilih Aseh sebagai Presiden bagi penggal akan datang.

“Kami memang mahukan penglibatan TMJ dalam FAM kerana banyak perkara positif dapat berlaku nanti dan kami juga tidak kisah apa jawatan yang bakal disandang oleh Tunku Ismail.

“Ini adalah pakej yang ditawarkan kerana jika mahu Tunku Ismail bersama FAM maka perlu memilih Tan Sri Aseh Che Mat sebagai Presiden.

“Buat masa ini, kami tidak nampak ada calon lain yang mampu membawa perubahan dalam FAM selain daripada Tunku Ismail yang dilihat mempunyai perancangan terbaik buat bola sepak negara,” katanya.

Kongres FAM dijangka berlangsung pada Mac tahun depan, dan setiap calon yang mahu bertanding sebarang jawatan perlu membuat keputusan mengenai pendirian mereka, sebulan sebelum pemilihan.

Sementara itu, menyentuh kepada pertemuan dengan Tunku Ismail semalam, Mohd. Yusoff meberitahu Tunku Ismail menjelaskan perubahan yang bakal dilakukan andai berada dalam FAM, termasuklah memperbaiki pengurusan dan kewa­ngan badan induk tersebut.

“Hasil hak penyiaran akan diberikan sama rata kepada ahli gabungan yang lain dengan tujuan membantu ahli gabungan di dalam FAM.

“Malah Tunku Ismail turut memberitahu pasukan kebangsaan akan mempunyai penaja mereka sendiri tanpa perlu menggunakan kewa­ngan daripada hak penyiaran,” ujarnya.

Foto: Utusan Online

Powered by Blogger.