.

.

Padah menanti pemain gemuk - Yusoff

PENGURUSAN Melaka United mengenakan syarat yang ketat kepada setiap pemain yang mengikat kontrak dengan pasukan itu dalam usaha memastikan setiap daripada mereka mengikut garis panduan yang ditetapkan selain daripada konsisten sepanjang musim.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United, Datuk Yusoff Mahadi berkata, pasukan itu menetapkan peraturan sama seperti pasukan jiran, Johor Darul Takzim (JDT) bagi memastikan setiap pemain kekal cergas.

IKAT... Tam Seang Tsung antara pemain yang menyertai Melaka United musim depan.
Katanya, pemain yang berdepan masalah berat badan berlebihan daripada peratusan tahap lemak yang ditetapkan pengurusan bakal berdepan tindakan penalti.

Dalam pada itu, Yusoff berharap agar setiap pemain mengekalkan sikap profesional supaya tidak dikenakan denda oleh pengurusan.

Selain itu, kata beliau, jika ada pemain yang tidak mencapai prestasi yang diharapkan, mereka akan dipinjamkan ke pasukan lain untuk memberi peluang masa bermain.

"Ini tidak akan menggangu perkembangan potensi mereka kerana mungkin boleh jadi kesebelasan utama sekiranya kembali ke Melaka United.

"Saya berharap setiap pemain yang baru tidak menganggap Melaka United pasukan tahap kelas kedua dan buktikan kepada pengurusan mereka tidak salah membuat keputusan. Diharapkan akan menjadi tulang belakang pasukan jika khidmat mereka masih dikekalkan pada musim hadapan,' katanya.

Yusoff berkata demikian dalam majlis menandatangani kontrak pemain Melaka United di Stadium Hang Jebat hari ini.

Yang turut hadir, Naib Presiden MUSA, Khairy Anuar Baduk dan ketua jurulatih, Eric Williams.

Foto: FB MUSA
Powered by Blogger.