DUA pasukan yang baharu sahaja dipromosikan ke Liga Super, Melaka United dan PKNS FC bakal berentap sesama sendiri berdasarkan undian pusingan kedua Piala FA 2017.
Melaka United yang dibimbing bekas pengendali Yangon United, Eric Williams bakal melayan kunjungan pasukan bimbingan E. Elavarasan di Stadium Hang Jebat pada 14 Februari depan.
Sementara itu, dua pasukan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Felda United bakal berentap sesama sendiri apabila diundi bertemu di pusingan kedua.
Dalam pada itu, pasukan 'adik' Melaka United, Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) FC pula perlu beraksi di pusingan pertama apabila diundi menentang Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBMM) FC.
Kedua-dua pasukan dijangka bakal beraksi pada 5 Februari 2017.
Foto: FMLLP