.

.

Rasmi: Amri Yahyah sertai Melaka United


KAPTEN kebangsaan, Mohd. Amri Yahyah secara rasminya menyertai Juara Liga Perdana, Melaka United bagi mengharungi kempen Liga Super musim depan.

Mohd. Amri atau lebih dikenali sebagai Wak Am merupakan anak kelahiran Tanjung Karang, Selangor bakal mengemudi jentera serangan Melaka United musim depan bersama-sama kapten, Ilija Spasojevic.

Kehadiran bekas penyerang Johor Darul Takzim (JDT) itu dijangka mampu memberi impak besar terhadap pasukan bimbingan Eric Williams berdasarkan pengalaman luasnya bermain di peringkat lebih tinggi seperti Piala AFC dan skuad kebangsaan.

Sepanjang bersama JDT, Mohd. Amri telah menjaringkan sebanyak 52 gol dalam 46 penampilan bersama pasukan Harimau Selatan itu.

Timbalan Presiden Melaka United, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi baru-baru ini memaklumkan, usaha mendapatkan Mohd. Amri dilakukan selepas ada penaja yang bersetuju untuk membiayai separuh daripada gaji penyerang tersebut.
Powered by Blogger.