.

.

Kapten Melaka United kongsi gambar puteri baharu


TIADA apa yang lebih menggembirakan bagi seorang suami dan ayah apabila mendapat cahaya mata. 

Bagi bintang Melaka United, Ilija Spasojevic kehadiran puteri pertama dalam keluarganya sememangnya dinanti-nantikan selepas putera sulungnya, Dragan menginjak usia 2 tahun pada 28 November lalu.

SPASOJEVIC bersama anak sulugnnya, Dragan.
Kapten skuad Sang Kancil yang berusia 30 tahun itu berkongsikan detik kegembiraannya bersama pengikut di laman Facebook peribadinya.

Difahamkan, puteri sulung penyerang berasal dari Montenegro itu dinamakan sebagai Irina yang lahir pada 27 Februari di salah sebauh hospital swasta di negeri ini.

"Gambar pertama bersama bayi perempuan saya. #Irina" kata bekas peledak Persib Bandung itu.

KAPTEN Melaka United bersama puteri sulungnya.
Foto berkenaan dikongsikan Spasojevic sebelum dia menyertai pasukan berangkat ke Pulau Pinang bagi menghadapi perlawanan ketujuh Liga Super.

Diharapkan dengan kehadiran orang baharu dalam keluarga dapat menjadi pemangkin kepada kapten Melaka United untuk terus konsisten di depan gawang sekali gus mengangkat pasukan mecapai kedudukan terbaik musim ini.

Complimento il capitano!

Foto: MUSA, Ilija Spasojevic
Powered by Blogger.