.

.

Pindaan jadual perlawanan Liga Super


DUA perlawanan membabitkan Melaka United dipinta bagi memberi laluan kepada persediaan pasukan kebangsaan dalam menghadapi dua perlawanan antarabangsa.

Dua perlawanan tersebut adalah merupakan perlawanan kesembilan Liga Super membabitkan pertembungan pada 18 Mac menentang PKNS FC di Stadium Hang Jebat yang dipinda ke tarikh baharu, 26 April (Rabu).

Satu lagi aksi yang dipinda adalah perlawanan menentang Felda United pada 26 April di Stadium Tun Razak Jengka dan dijadualkan semula pada 24 Mei (Rabu).

Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) menerusi kenyataan baru-baru ini berkata, skuad Harimau Malaya bakal mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa kelas A menentang Filipina pada 22 Mac ini di Manila.

Selang enam hari kemudian, skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu bakal berdepan aksi getir menentang Korea Utara dalam aksi kelayakan Piala Asia 2019 di Pyongyang.

"Latihan pusat pasukan kebangsaan akan bermula pada 13 Mac. Pihak FMLLP telah membuat pertimbangan dan mengambil kira kepentingan pasukan kebangsaan dan melakukan pindaan terhadap jadual perlawanan yang sedia ada," katanya.
Powered by Blogger.