.

.

Cabaran Piala FA berakhir


IMPIAN Melaka United untuk melangkah jauh dalam kempen Piala FA sekadar terhenti di pusingan ketiga apabila tunduk 0-2 kepada Pahang di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Turun tanpa dua tonggak import, Ilija Spasojevic dan Jeon Woo-Young ternyata memberi impak kepada skuad bimbingan Eric Williams apabila gagal menembusi gawang Pahang di halaman lawan.
by
Dalam aksi di Kuantan, pasukan bimbingan Dollah Salleh berjaya memperoleh gol awal menerusi jaringan penalti Heo Jae-Won pada minit ke-15 selepas bola sepakan percuma didakwa terkena tangan pertahanan Melaka United, Mohamad Faizal Muhammad.


Tuan rumah terus menguasai perlawanan namun gagal menambah jaringan sehingga berakhirnya babak pertama.

Godwin Antwi hampir menyamakan kedudukan buat Melaka United namun tandukkannya pada minit ke-78 sekadar singgah di tiang gol lawan, ketika penjaga gol Pahang sudah pun tertewas.

Tuan rumah menamatkan sisa-sisa perjuangan pelawat apabila Muhamad Nor Azam Abdul Azih meledak gol kedua Pahang pada minit ke-85 sekali gus membawa pasukannya melangkah ke peringkat suku akhir.


Melaka United gagal mencatat sebarang kemenangan dalam empat perlawanan terbaharu yang menyaksikan kedudukan Williams sebagai pengendali kini dalam pemerhatian.

Selain itu, prestasi hambar beberapa pemain utama khususnya tonggak import perlu diperbaiki atau mungkin berdepan penyingkiran dalam musim perpindahan April nanti. Bangkitlah Melaka!

Foto: MUSA
Powered by Blogger.