Apa masalah dengan jersi Melaka United?



JIKA sebelum ini berlakunya kesilapan pada jersi Melaka United ketika menentang Kedah dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, mungkin boleh dianggap tidak disengajakan.

Namun, apabila insiden yang hampir sama berlaku lagi dalam perlawanan membabitkan Melaka United dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Hang Jebat, Sabtu lalu, mungkin perkara ini terjadi akibat kelalain pihak tertentu.

Ketika penyerang, Izzaq Faris Ramlan dimasukkan pada minit ke-86, kelihatan jelas pada jersi bekas tonggak Harimau Muda itu kosong tanpa sebarang penaja.

Persoalannya, bagaimana seperti ini masih boleh berlaku ketika pengurusan Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) bekerja keras ke arah penswastaan pasukan?

PEMAIN Melaka United mengenakan jersi yang berbeza warna coraknya dalam pertembungan di Stadium Darul Aman Mac lalu.
Adakah perkara ini terjadi akibat kelalaian kitman dan pegawai yang menguruskan segala persiapan pakaian pemain? 

Atau mungkin disebabkan sikap lepas tangan pengeluar barangan sukan Kronos yang gagal mencetak jersi selengkapkan dan tiada pemantauan untuk kualiti produk yang dihasilkan.

Seeloknya perkara ini jangan dibiarkan berlaku lagi. Mungkin nampak kecil tetapi impaknya akan menjadi besar apatah lagi di zaman media sosial yang semakin berleluasa.