.

.

Skuad Selvamohan diratah di Jengka


MENGEMBALIKAN nostalgia Liga FAM 2012. Itu yang dapat digambarkan mengenai persembahan Melaka United ketika tewas mudah 0-3 kepada Felda United di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, kelmarin.

Ketua jurulatih sementara, G. Selvamohan ternyata gagal memberikan sentuhan magis bagi membantu pasukan melakar kebangkitan selepas dilantik menggantikan Eric Williams yang direhatkan kononnya mengalami masalah kesihatan.

Sejarah cukup jelas menunjukkan bahawa Selvamohon bukanlah calon sesuai mengisi kekosongan jawatan ketua jurulatih Melaka United apatah lagi beliau gagal memenangi sebarang kejuaraan sepanjang bersama Melaka bagi di peringkat senior mahupun di kejohanan kompetitif remaja.

Apa yang berlaku di Jengka disifatkan satu kesilapan yang mungkin disengaja dengan menyingkirkan Williams tanpa sebarang pengganti yang berkredibiliti yang mempunyai status tinggi di kancah bola sepak tempatan.

Di Jengka, dua gol dalam separuh masa pertama menunjukkan kepincangan di benteng pertahanan biarpun kemasukan pertahanan import baharu, Jasmin Mecinovic tidak banyak dapat membantu tuan rumah daripada menghasilkan gol.


Gol daripada Lucas Cano pada minit ke-29 dan Zah Rahan Krangar selang empat minit kemudian menyatakan kelemahan barisan pertahanan terutama di bahagian kiri dan kanan yang mudah ditebuk penyerang lawan.

Sergio Aguero pula terlepas peluang menjaringkan gol di awal perlawanan biarpun hanya berdepan penjaga gol Felda United, Mohd. Farizal Harun.

Gaston Cellerino pula mudah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-86 ketika penjaga gol Melaka United, Mohd. Fazli Paat sudahpun merebahkan badan ke arah bertentangan.

Jika Selvamohan menang di Jengka beliau dijanjikan posisi kerusi panas di Melaka United dan keputusan pula menunjukkan sebalik.

Apakah Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) akan tetap dengan keputusan untuk melantik bekas pengendali pasukan itu pada 2012 secara tetap? 

Banyak lagi drama yang bakal dipamerkan dalam Melaka United musim ini. Sama-sama kita saksikan.

Foto: Utusan Online
Powered by Blogger.