Surendan ke Pulau Pinang? Anda pasti?


MEDIA sosial bola sepak tempatan hari ini menyiarkan laporan mengenai penyertan dua pemain baharu Pulau Pinang, Azidan Sarudin dan R. Surendan bagi memperkuatkan skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan itu.

Perkhabaran tersebut nyata mengundang 1001 persoalan penyokong Melaka United yang hairan bagaiman Surendran yang merupakan pemain tonggak juara Liga Perdana musim lalu itu dilepaskan untuk menyertai pasukan yang turut sama bergelut di zon penyongkiran.

Namun, penyokong Melaka United boleh menarik nafas lega apabila berita mengenai penyertaan Surendran ke dalam skuad Harimau Kumbang itu tidak melibatkan pemain sayap pasukan itu.

Bekas penyerang Selangor, R. Surendran menjalani latihan bersama Pulau Pinang.
Sebaliknya, yang menyertai Pulau Pinang adalah bekas penyerang Selangor, R. Surendran sementara seorang lagi Surendran dilihat gigih menjalani latihan bersama skuad bimbingan Eric Williams di selatan tanah air, petang tadi.

Usah bimbang kerana pemain berjersi nombor tujuh itu akan kekal membantu Melaka United mencapai kedudukan terbaik dalam Liga Super dan memberikan saingan untuk kempen Piala Malaysia musim ini.

Foto: Penang FA, Media sosial