.

.

Jasmin rehat enam minggu


TONGGAK import, Jasmin Mecinovic bakal terlepas sekurang-kurang lima perlawanan musim ini selepas mengalami kecederaan lutut disaat Melaka United menagih khidmatnya bagi mengharungi kempen Liga Super dan Piala Malaysia musim ini.

Aksi terakhir Jasmin adalah ketika Melaka United menundukkan UiTM FC, 2-1 di halaman sendiri sebelum diketepikan ketika perlawanan menentang Pahang, baru-baru ini.

Pemain pertahanan dari Macedonia itu menerusi akaun Facebooknya memaklumkan, dia mungkin akan kembali bermain dalam tiga perlawanan terakhir Melaka United musim ini.

"Saya akan diketepikan untuk enam minggu kerana kecederaan lutut tetapi percaya kemampuan rakan sepasukan untuk capai sasaran yang ditetapkan. 

"Saya berjanji akan kembali lebih kuat untuk membantu pasukan bagi baki tiga perlawanan terakhir musim ini... Gegaumelakagegau," katanya.


Ketiadaan Jasmin dalam aksi terbaharu di Stadium Darul Makmur, Kuantang menantang Pahang jelas menampakkan kepincangan apabila jentera serangan lawan dilihat mudah merobek masuk ke dalm kotak penalti. 

Untuk rekod, tiga perlawanan terakhir Melaka United musim ini adalah membabitkan perlawanan Liga Super menentang Perak, Selangor dan Kelantan dimana kesemuanya bakal berlangsung di Stadium Hang Jebat.

Untuk perlawanan getir menentang Sarawak malam ini, Nicholas Swirad dijangkan akan berpasangan dengan Muhamad Faizal Muhammad di benteng tengah dengan Muhammad Syawal Norsam juga berpotensi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Jasmin.

Foto: MUSA, Utusan Online
Powered by Blogger.