TRW mangsa kebangkitan Melaka United
RENTETAN 11 perlawanan tanpa kemenangan musim ini akhirnya berakhir apabila Melaka United berjaya menewaskan Kelantan, 3-0 dalam aksi kumpulan C, Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, malam tadi.
Untuk rekod, kali terakhir Melaka United mencatat kemenangan adalah ketika menundukkan lawan masa, 1-0 di Stadium Sultan Muhammad V pada 21 Februari lalu.
![]() |
Gandingan mantap Jeon Woo-Yong dan Felipe de Almeida Souza merupakan antara kekuatan Melaka United. |
Penyerang import, Marco Simic meletakkan Melaka United di hadapan pada minit ke-20 hasil kesilapan penjaga gol Kelantan, Ramadhan Abd. Hamid untuk gol sulungnya dalam aksi kompetetif bersama pasukan selatan tanah air itu.
![]() |
R. SURENDRAN melepasi kawalan pertahanan Kelantan sebelum menewaskan penjaga gol Kelantan untuk gol kedua Melaka United. |
Ketika Kelantan cuba memperkemaskan benteng pertahanan, pemain sayap, R. Surendran pantas mengambil kesempatan meledak gol kedua tuan rumah menerusi sepakan voli cantik pada minit ke-30 bagi meletakkan Melaka United selesa 2-0 di hadapan.
Bermula babak kedua, Melaka United terus menggandakan asakan dan usaha tersebut berhasil apabila Mohd. Fauzi Roslan menambah derita pelawat pada minit ke-50 berpunca daripada hantaran Norhakim Isa.
![]() |
Felipe de Almeida Souza melakukan hantaran kepada rakan sepasukan selepas kembali dalam kesebelasan utama. |
Tiga mata penting ini meletakkan Melaka United di tangga kedua di belakang Kedah yang menundukkan UiTM FC, 5-0 dalam aksi yang berlangsung di Shah Alam, petang semalam.
Melaka United bakal melayan kunjungan Kelantan di Stadium Hang Jebat, Selasa ini bagi perlawanan ke-15 Liga Super.
Foto: MUSA
Post a Comment