PRESTASI menakjubkan dipamerkan pemain Melaka United pada separuh masa kedua membantu skuad bimbingan Eduardo Almeida membelasah tuan rumah, T-Team 5-1 dalam perlawanan ke-19 Liga Super 2017 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.
Perlawanan ini juga diibaratkan sebagai misi 'balas dendam' peribadi Almeida yang pernah disingkirkan T-Team sebelum ini biarpun berjaya membantu pasukan berpangkalan di Pantai Timur itu terselamat daripada penyingkiran liga.
Ahmad Ezrie Shafizie Sazali berjaya melepasi kawalan pemain T-Team. |
Babak awal permainan menyaksikan perlawanan berlangsung seimbang namun tuah ternyata berpihak kepada tuan rumah apabila terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Mohd. Fauzi Abdul Kadar pada minit ke-33.
Mohamad Faizal Muhammad dikekalkan di pertahanan tengah Melaka United berpasangan dengan Nicholas Swirad. |
Penyerang, Mohd. Fauzi Roslan kemudiannya meletakkan Melaka United pula di hadapan pada minit ke-62 sekali gus mencerahkan peluang membawa pulang tiga mata penuh dari Kuala Terengganu.
Felipe terus buktikan dirinya pakar sepakan percuma apabila meledak gol keempat Melaka United. |
Pakar sepakan percuma Melaka United, Felipe de Almeida Souza turut tidak ketinggalan mencetak nama sebagai penjaring gol apabila sepakan percuma yang diambilnya tepat ke penjuru kanan gawang T-Team sekali gus meletakkan Melaka United selesa 4-1 di hadapan.
Simic sekali lagi meledak gol pada minit-minit permainan sekali gus melengkapkan kemenangan bergaya 5-1 Melaka United menundukkan T-Team di gelanggang lawan.
Hantaran bola mencari Simic berjaya dipatahkan penjaga gol T-Team. |
Sarawak mengekori rapat di kedudukan penyingkiran, tempat ke-11 dengan 17 mata meninggalkan Pulau Pinang di dasar liga dengan 12 mata.
Foto: MUSA