Merekodkan satu kemenangan, empat seri, 13 kekalahan sekali gus mengutip hanya tujuh mata sememangnya menampakkan kepincangan terhadap kualiti pemain-pemain yang diserap masuk ke dalam skuad Piala Presiden Melaka United.
Segalanya berpunca daripada kemelut yang melanda pasukan sejak awal musim ini apabila senarai pendek pemain berpotensi besar yang cuba dibawa masuk ke skuad Piala Presiden diabaikan sebaliknya hanya pengurusan lebih berminat mengambil pemain 'biasa-biasa' sahaja.
Melaka United berada di kedudukan tercorot dalam kumpulan A Piala Presiden musim ini. |
Skuad Piala Presiden Melaka United gagal memberikan saingan dalam peringkat kumpulan musim ini. |
Jasmir Mehat (kiri) tidak akan beraksi untuk Melaka United musim depan sementara Jimmy (kanan) bakal dipinjamkan ke pasukan lain. |
Pemain tengah yang dipinjamkan ke Petaling Jaya (PJ) Rangers, Muhammad Akmal Ishak juga anak Melaka tetapi pemain berusia 23 tahun itu memulakan kariernya bersama Harimau Muda B. Jadi, di mana produk Piala Presiden dalam pasukan Melaka United?
Justeru itu, langkah penswastaan skuad bawah 19 (B-19) dan bawah 17 (B-17) untuk menghadapi saingan Piala Belia musim depan merupakan satu langkah yang baik dalam usaha memastikan pemain-pemain yang berpotensi dapat diserap ke skuad Piala Presiden seterus dipromosikan dan skuad utama.
Bercakap kepada BHOnline, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Noor Azman Rahman memaklumkan skuad tersebut bakal diuruskan syarikat MCS Management Sdn. Bhd.
Noor Azman memaklumkan mengenai penswastaan pasukan B-17 dan B-19 Melaka United. |
MIGUEL JOSE LEITE (dua dari kiri) pantas lakukan kerja selepas dilantik sebagai pengarah teknikal baharu Melaka United. |
Mengulas lanjut, Noor Azman berkata, syarikat itu turut bertanggungjawab menguruskan jersi pasukan selain menguruskan pasukan B-17 untuk saingan peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).
Namun, menerusi penswastaan ini pastinya bakal menimbulkan tanda tanya daripada pemerhati dan penyokong bola sepak tempatan adakah sistem yang pertama kali diguna pakai di negara ini sesuai diterapkan? Adakah sumber kewangan itu akan telus digunakan sebaik mungkin tanpa sebarang ketirisan?
Biarpun konsultan dan pengurusan MUSA lakukan kerja mereka dan kita nantikan sejauh mana keberhasilan sistem yang dilaksanakan ini terhadap pembangunan akar umbi Melaka United.
Foto: MUSA