.

.

Dua pemain Indonesia dikaitkan ke Melaka United


Keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuka satu kuota buat pemain Asia Tenggara membuka peluang kepada pemain-pemain di rantau ini berhijrah ke pasukan di Liga Malaysia.

Biarpun pada awalnya keputusan itu mendapat beberapa pihak dan pasukan, namun FAM tetap bertegas dengan keputusan yang diputuskan dan akan berkuat kuasa tahun depan.

Dikatakan penetapan kuota itu akan memberikan kelebihan buat pasukan yang mempunyai kewangan yang kukuh namun Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan langkah tersebut sebenarnya secara tak langsung mengkomersialkan pasukan dan liga negara ini.

Melaka United juga tidak terkecuali. Selepas ketua jurulatihnya, Eduardo Almeida mengambil keputusan mengekalkan Jeon Woo-Young bermakna kuota pemain ASEAN masih kosong bersama dua tiga kuota import antarabangsa.

Antara bintang-bintang Indonesia yang dikaitkan ke negara ini.
Media negara jiran menerusi Tabloid Bola melaporkan, dua pemain Indonesia yang beraksi bersama Mitra Kukar iaitu penyerang, Septian David Maulana dan pemain tengah, Bayu Pradana dikaitkan dengan perpindahan ke Melaka United.

Septian mempunyai lima penampilan bersama skuad kebangsaan Indonesia dan menjaringkan lima gol. Ketika di Sukan SEA 2017, Septian yang berusia 22 tahun menjaringkan tiga sepanjang kejohanan di Malaysia.

Bayu Pradana antara pemain yang dikaitkan perpindahan ke Liga Malaysia musim depan.
Boleh beraksi sebagai penyerang tengah dan doi bahagian sayap, Septian menjaringkan sembilan gol dalam 39 penampilan bersama Mitra Kukar sementara Bayu yang berusia 26 tahun pula merupakan rakan sepasukan Septian.

Bayu beraksi bersama kelab berkenaan sejak 2015 dikatakan diminati Melaka United telah menjaringkan 10 gol dalam 46 penampilan di Liga Indonesia.

Foto: Media Sosial
Powered by Blogger.