.

.

Fakri Saarani muka baharu Melaka United


Namanya sememangnya tidak disebut antara pemain baharu yang bakal memperkuatkan skuad kendalian Eduardo Almeida namun Melaka United bertindak pantas apabila menyambar seorang lagi pemain bertaraf kebangsaan, Ahmad Fakri Saarani.

Ahmad Fakri sebelum ini dikaitkan dengan kepulangan semula ke negeri kelahirannya, Kelantan namun pengurusan Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) di bawah Timbalannya, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi bertindak pantas mengikat penerang berusia 28 tahun berkenaan.

Melaka United menerusi akaun Facebook rasmi pasukan hari ini mengumumkan penyertaan Ahmad Fakri dalam skuad itu musim depan.

"Melaka United mengucapkan selamat datang kepada Ahmad Fakri Saarani untuk memperkuatkan jentera serangan skuad Sang Kancil.

"Semoga kehadiran beliau dapat membantu Melaka United mencapai kejayaan di Liga Super 2018," katanya hari ini.

Ahmad Fakri yang merupakan anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan memulakan kerjaya selaku pemain bola sepak skuad Piala Presiden Perak pada tahun 2006 sebelum menyertai pasukan senior selama dua musim (2007 hingga 2008).

Bintang Ahmad Fakri terus bersinar apabila beliau kemudiannya dipanggil menyertai skuad Harimau Muda A pada musim 2008 hingga 2009.

Pernah beraksi bersama kelab kelab divisyen tiga Portugal, Atletico Reguengos tetapi kariernya hanya separuh musim di sana apabila kembali ke tanah air bersama Kelantan selepas kelab berkenaan didakwa mempunyai masalah kewangan.

Selain itu, dia juga pernah beraksi dengan beberapa pasukan seperti Perlis, Negeri Sembilan, Felda United dan Kedah.

Foto: MUSA
Powered by Blogger.