Mahukan gol? Panggil sahaja Marko Simic. Sejak menyertai Melaka United pada pertengahan musim, Marko Simic yang dilepaskan pasukan jiran, Negeri Sembilan pantas menjadi pemain kesayangan penyokong apabila meledak gol hampir setiap perlawanan.
Pada awal penyertaannya, terdapat sedikit keraguan dalam kalangan penyokong mengenai kewibawaan penyerang berasal dari Crotia itu untuk mengisi kekosongan di jentera serangan yang ditinggal bekas peledak berbisa, Ilija Spasojevic.
Ini dikuatkan lagi dengan fakta Simic gagal menyerlah sepanjang kempen bersama Negeri Sembilan yang beraksi di Liga Perdana sejak menyertai pasukan jiran itu dari kelab Vietnam, Dong Tam Long An.
SIMIC diumumkan sebagai pemain baharu Melaka United. |
Namun, Simic yang tiba di Stadium Hang Jebat membuktikan kemampuannya sebagai penyerang tunggal apabila berjaya meledak 12 gol dalam 15 penampilan sepanjang separuh musim kempen Liga Malaysia.
Gol pertamanya hadir ketika aksi Piala Malaysia menentang Kelantan sebelum menyumbangkan dua gol dalam dua perlawanan berikutnya menentang Kedah dan Pulau Pinang dalam aksi Liga Super.
Meraikan kejayaan kekal di Liga Super selepas menundukkan Selangor di Stadium Hang Jebat. |
Dengan tamatnya kempen Liga Malaysia, masa depan Simic turut menjadi persoalan adakah penyerang itu akan kekal di Melaka atau lebih cenderung kembali beraksi di Vietnam seperti yang diuar-uarkan di media sosial.
Ikat Simic merupakan antara pertaruhan terbesar dilakukan pengurusan Melaka United. |
"Saya mahu kekal di Melaka tetapi sekarang ketua jurulatih yang perlu membuat keputusan mengenainya.
"Saya fikir Eduardo Almeida tahu apa yang telah saya lakukan bersama kelab ini. Hanya akan ada satu keputusan sahaja," kata Simic.
Terjatuh ketika diasak pemain PKNS FC dalam aksi Liga Super di Stadium Shah Alam. |
Wajarkah Simic dikekalkan?
Foto: MUSA, Utusan Online
Foto: MUSA, Utusan Online