.

.

Portal rasmi Melaka United digantung?


Ada sesiapa jumpa laman web rasmi Melaka United? Jika pada musim 2016-17, penyokong pasukan mudah mengakses untuk mendapatkan maklumat namun kini portal tersebut dilihat di alam maya.

Tinjauan Melaka United Online di pautan www.melakaunited.net mendapati portal itu digantung pendaftarannya.

Hal ini terjadi mungkin disebabkan pendaftaran portal tersebut telah tamat tempoh dan tidak dilanjutkan lagi perkhidmatannya.

Carian di portal rasmi Melaka United menemukan pautan ini.
Mengapa perkara kecil sebegini boleh berlaku ketika pasukan sedang dalam proses penswastaan?

Ini secara tidak langsung memberi gambaran bahawa laman sesawang itu dibiarkan 'bersawang' tanpa dikemaskini dengan baik sehingga maklumat pasukan hanya dikongsikan seminggu sekali sahaja, itu pun jika ada perlawanan.

Menurut pengamatan, Melaka United hanya mengemaskinikan maklumat hanya di akaun media sosial seperti Facebook, Twiter dan Instagram pasukan tanpa memberi tumpuan kepada portal.

Ya, kebanyakan peminat menggunakan media sosial sebagai media komunikasi tetapi jangan lupa, segala maklumat jika dikemaskini dengan baik dalam portal rasmi boleh dijadikan rujukan.

Penyokong Melaka United memerlukan laman web yang sentiasa dikemaskini bagi mendapatkan maklumat.
Media sosial boleh dijadikan 'link' atau penghubung kepada penyokong dengan pasukan bagi mengakses maklumat pasukan yang nyata jauh lebih berbeza berbanding di Facebook dan sebagainya.

Menjelang musim baharu yang bakal membuka tirainya kurang dua minggu lagi, pengurusan perlu mengambil perhatian perkara 'kecil' ini dan jika tidak mampu, ramai lagi anak Melaka yang berbakat menguruskannya.

Foto: Plusonemedia, MUSA
Powered by Blogger.