.

.

Gol Zubovich gagal elak kekalahan Melaka United


Penyerang import baharu, Yahor Zubovich berjaya meledak jaringan pertamanya untuk Melaka United namun gol sulungnya itu gagal menyelamatkan pasukan daripada tunduk 1-2 kepada kelab Vietnam, Long An FC, petang tadi.

Untuk perlawanan kedua dalam siri jelajah Vietnam, ketua jurulatih, Eduardo Almeida melakukan rombakan besar dalam kesebelasan utamanya untuk menguji kemampuan setiap pemain sebelum kempen Liga Malaysia membuka tirai bulan depan.

Mohd. Zamir Mohd. Selamat diletakkan sebagai benteng terakhir Melaka United dengan empat pertahanan seperti Mohd. Shazlan Alias, Steven Tricot, Muhammad Faizal Muhammad dan Mohd. Azmi Muslim.

Di bahagian tengah Melaka United pula dikemudi oleh S. Chanturu, S. Sivanesan, Jeon Woo-Young, Tiago Gomez dan Mohd. Fauzi Roslan sementara jentera serangan pasukan diketuai oleh Mohd. Farderin Kadir.

Separuh masa pertama menyaksikan Long Anh memperoleh gol ketika perlawanan berbaki dua minit, pada minit ke-45 sebelum melebarkan jurang gol pada minit ke-65.

Usaha gol Melaka United mencari gol akhirnya berhasil pada minit ke-80 apabila Zubovich yang dimasukkan pada babak kedua berjaya menyempurnakan sepakan penalti untuk gol tunggal pelawat.

Melaka United akan mengakhiri siri jelajah Vietnam bertemu Can Tho FC di Stadium Can Tho pada Khamis ini sebelum kembali ke tanah air.

Foto: MUSA
Powered by Blogger.