.

.

Laluan mudah pusingan kedua Piala FA


Undian pusingan kedua Piala FA 2018 nyata berpihak kepada Melaka United apabila mendapat undian mudah berdepan pemenang antara Selangor atau Southern FC.

Dalam satu majlis undian yang diadakan malam tadi, Melaka United yang membuka saingan Liga Super dengan langkah kemenangan layak secara automatik ke pusingan kedua kerana hanya pasukan dari Liga FAM dan bukan liga sahaja yang perlu beraksi di pusingan pertama.

Pusingan pertama bakal berlangsung pada 13 Februari ini sementara pusingan kedua Piala FA 2018 akan diadakan pada 2 dan 3 Mac.

Penyandang juara bagi kejohanan ini adalah pasukan dari utara tanah air, Kedah.

Undian penuh pusingan kedua Piala FA 2018.
Di atas kertas, segalanya tampak mudah buah anak buah Eduardo Almeida namun jika perlawanan kalah mati seperti ini dipandang enteng oleh pemain dan staf kejurulatihan, tidak mustahil Melaka United bakal tersingkir seawal pusingan kedua.

Selepas menundukkan Kelantan 2-1 di halaman sendiri Sabtu lalu, Melaka United bakal bertandang ke Lembah Klang bagi berdepan Selangor Rabu ini dengan skuad bimbingan P. Maniam itu turut merakamkan kemenangan dalam aksi pembukaan apabila menundukkan Kuala Lumpur 2-0 di Stadium Bola Sepak KLFA Cheras.

Foto: FMLLP
Powered by Blogger.