Yahor Zubovich. Penyerang import dari Belarus ini membalas kepercayaan yang diberikan ketua jurulatih, Eduardo Almeida apabila dua jaringannya membantu Melaka United menundukkan 'the giant killer', PKNP FC di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam tadi.
Biarpun tiba di Melaka dengan rekod jaringan yang kurang memberangsangkan bersama kelab-kelab terdahulu, Zubovich pantas menyesuaikan diri dengan corak permainan di Liga Malaysia apabila kini meledak lima gol dalam liga perlawanan Liga Super musim ini.
Pertahanan PKNP menghadapi malam yang sukar terutama bagi mengawal Zubovich. |
Dalam aksi yang berlangsung malam tadi, pada 10 minit pertama menyaksikan PKNP mendominasi perlawanan dan cuba menembusi pertahanan ampuh yang dibina gandingan Nicholas Swirad dan Steven Thicot.
Zubovich mudah menolak masuk untuk gol pertama Melaka United. |
Itu merupakan cubaan pertama Melaka United ke arah pintu gol lawan sejak wisel sepak mula ditiupkan.
Nicholas Swirad membina benteng ampuh bersama Steven Thicot ketika menentang PKNP. |
Melaka United turut mengancam kubu PKNP apabila Zubovich melakukan sepakan deras dari luar kotak tetapi tepat ke arah penjaga gol lawan pada minit ke-22.
Jeon Woo-Young (kanan) berjaya melepasi kawalan pemain PKNP FC. |
Pada babak kedua menyaksikan PKNP terlebih dahulu menguji tuan rumah menerusi cubaan pemain gantian, G. Ganiesh pada minit ke-46 namun selang tiga minit kemudian, giliran Melaka United menguji Bryan menerusi cubaan Zubovich pada minit ke-49.
Pelawat turut berpeluang menyamakan kedudukan selang 10 minit kemudian apabila berjaya masuk ke kotak penalti Melaka United namun cubaan jarak dekat dinafikan Mohd. Zamir Selamat.
G. Puaneswaran berjaya kekalkan tempat di bahagian pertahanan kanan Melaka United. |
Skuad bimbingan Almeida itu berjaya memperoleh gol kedua menerusi Zubovich yang bijak memperdaya dua pertahanan PKNP sebelum merembat deras dari kotak penalti sekali gus memastikan tiga mata penuh milik Melaka United.
Kemenangan ini melonjakkan Melaka United ke tangga keempat Liga Super dengan sembilan mata, tiga mata dipisahkan dengan pendahulu, Johor Darul Ta'zim (JDT) yang mengutip 12 mata.
Foto: MUSA, Utusan Online