.

.

Melaka United terus kempunan di Darulmakmur


Babak pertama seakan memberi gambaran Melaka United mampu melakar kejutan apbila beraksi di gelanggang lawan. Kembalinya anak jati Pahang, Mohd. Fauzi Roslan dan Shahdan Sulaiman dalam kesebelasan utama tampak satu pencaturan berkesan pengendali, Eduardo Almeida.

Di atas kertas, sememangnya Pahang mempunyai rekod semasa dan pertemuan lebih baik menentang Melaka United, namun sebaik bermulanya sepak mula, pelawat lebih banyak mengatur gerakan.

Larian deras Gopinathan di bahagian sayap beri masalab kepada pertahanan lawan.
Memberikan tekanan menerusi gerakan dari bahagian sayap kiri oleh R. Gopinathan, larian deras pemain yang dipinjam dari Johor Darul Ta'zim (JDT) itu jelas memberikan masalah kepada Muslim Ahmad dan Mohd. Afif Amiruddin di benteng Pahang.

Bermula dengan cubaan leret dari jarak 35 meter Yahor Zubovich, keyakinan tampak di pihak Melaka United apabila tekanan berterusan yang diberikan memaksa pertahanan lawan melakukan beberapa kesilapan mudah.

Cubaan Melaka United sedikit melepasi palang gol.
Jeon Woo Young turut menguji Helmi Eliza Elias apabila seakan penjuru pendek Melaka United terus mencari pemain Korea Selatan itu namun cubaan dari dalam kotak sedikit melepasi palang.

Zubovich memperoleh peluang keemasan pada minit ke-29 apabila tandukan penyerang dari Bulgaria itu tersasar biarpun tidak dikawal.

Pahang yang dibimbing anak Melaka, Dollah Salleh turut menguji Mohd. Zamir Selamat menerusi cubaan luar kotak Patrick Cruz namun berjaya diselamatkan penjaga gol Melaka United.

Skuad Tok Gajah bermula garang di babak kedua menerusi beberapa gerakan berbahaya termasuk cubaan pemain sayap, Chan Vatanakha yang hanya sedikit tersasar.

Jeon Woo Young kurang menyerlah di bahagian sayap kanan.
Kelekaan barisan pertahanan Melaka United dihukum apabila Cruz meledak gol pertama Pahang pda minit ke-72 menerusi sepakan gunting cantik.

Pemain gantian, Khair Jefri Jones berjaya menyepak masuk gol penyamaan menerusi gerakan sepakan percuma pda minit ke-86 namun dibatalkan kerana dia berada pada kedudukan ofside.

Mohd. Fauzi bergandingan bersama Zubovich di jentera serangan.
Skuad Tok Gajah menambah gol kedua pada minit akhir perlawanan apabila serangan balas pantas menyaksikan pemain gantian, Faisal Abdul Halim memperdaya beberapa pertahanan Melaka United sebelum mudah menolak masuk bola melepasi Mohd. Zamir.

Kekalahan ini tidak mengubah kedudukan Melaka United di tempat keenam Liga Super dengan sembilan mata sementara JDT kekal di atas dengan 18 mata.

Foto: MUSA
Powered by Blogger.