Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi hari ini dilantik sebagai pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berikutan pengunduran Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini.
Keputusan tersebut dicapai dalam Masyuarat Khas Perama Jawatankuasa Eksekutif FAM 2017-2021 yang berlangsung di Wisma FAM di Kelana Jaya, Selangor hari ini.
Perkara itu dicadangkan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal yang kemudian diterima oleh semua exco.
Astro Awani melaporkan, Mohd. Yusoff akan memangku jawatan itu sehingga mesyuarat kongres ke 46 yang dijadual pada 14 Julai ini.
Mesyuarat diadakan berikutan peletakan jawatan presidennya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 25 Mac lalu dan membuat keputusan menerima peletakan jawatan TMJ dengan berat hati.
Foto: FAM