.

.

'Pogba Malaysia' rekrut baharu Elavarasan


Memperlihatkan separuh musim yang terumbang-ambing, Melaka United tidak menunggu lama apabila jendela perpindahan pertengahan musim dibuka apabila membawa masuk seorang lagi muka baharu selepas Khairul Fahmi Che Mat.

Menariknya rekrut baharu Melaka United juga merupakan bekas rakan sepasukan Khairul Fahmi atau Apek iaitu pemain tengah, S. Veenod selepas dilepaskan The Red Warriors April lalu.

Penyertaan Veenod dilihat antara rombakan kecil yang dilakukan Ketua Jurulatih, E. Elavarasan selepas gagal mencatat sebarang kemenangan dalam tiga perlawanan setakat ini.

"Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) mengucapkan selamat datang kepada Veenod ke Melaka United dari Kelantan.

"Veenod digelar 'Pogba Malaysia' berusia 30 tahun adalah seorang pemain berpengalaman yang pernah beraksi bersama beberapa pasukan Liga Malaysia bermula dengan Pulau Pinang, USM FC, Selangor sebelum bersama Kelantan pada awal musim ini.

"Semoga dengan kehadiran beliau bersama Skuad Hang Tuah bakal memperkuatkan cabaran Melaka United untuk kekal dalam saingan Liga Super, umum MUSA menerusi Facebook rasmi pasukan.

Foto: MUSA
Powered by Blogger.