Enam perlawanan tanpa sebarang kemenangan. Kali terakhir penyokong Melaka United merasai kemenangan kira-kira dua bulan lalu pada 11 Mac apabila menundukkan PKNP FC 2-0 di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput.
Empat kekalahan di bawah pengendali terdahulu sementara di bawah E. Elavaran, Melaka United masih tercari-cari kemenangan apabila sekadar merekodkan dua seri dalam dua perlawanan di bawah ketua jurulatih berkenaan.
Corak permaianan serangan balas atau counter-attacking football bukanlah sesuatu yang menarik untuk disaksikan namun jika bahagian pertahanan mampu membina benteng ampuh dan menyerap segala tekanan, tidak mustahil kemenangan mampu diraih.
Shahdan kembali perkuat Melaka United. |
Selebihnya menyaksikan pengendali berkenaan mengekalkan kesebelasan utama ketika seri tanpa jaringan menentang Perak di Ipoh minggu lalu.
Skipper, Khairul Fahmi Che Mat terlebih dahulu diuji apabila pemain import PKNS FC, Faris Ramlan melakukan cubaan pada jarak 30 meter namun berjaya diselamatkan bekas penjaga gol Kelantan itu.
Chaturu gagal berikan impak seperti diharapkan. |
Penyerang, Yahor Zubovich memperoleh peluang terbaik meletakkan Melaka United di depan pada minit kelapan menerusi cubaannya dari dalam kotak penalti hasil hantaran silang Mohd. Azmi Muslim namun dihalang kemas pertahanan PKNS FC, Mohd. Qayyum Marjoni Sabil.
Usaha Melaka United memburu jaringan akhirnya berjaya apabila sepakan percuma Jeon Woo Young dari sebelah kanan gawang PKNS FC gagal dibaca dengan baik penjaga gol, Mohd. Shahril Sha' ari untuk meletakkan tuan rumah 1-0 di depan.
Jeon Woo Young meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. |
Jafri hampir sahaja menyamakan kedudukan buat PKNS FC namun sepakan percuma derasnya berjaya diselamatkan Khairul Fahmi.
Namun, tidak sampai seminit kemudian, penyerang muda kebangsaan itu akhirnya mencetak nama selaku penjaring gol apabila ledakan kencangnya yang sedikit melencong menewaskan Khairul Fahmi pada minit ke-43 untuk mengikat kedudukan 1-1.
Ahmad Fakri Sa'arani masih bergelut mencari prestasi terbaik sejak menyertai Melaka United. |
Pemain gantian, Tiago Gomes berpeluang meletakkan Melaka United kembali di depan pada minit ke-83 namun cubaannya dari dalam kotak penalti dihalang oleh K. Gurusamy.
Nicholas Swirad diletakkan di sebelah kanan untuk dua perlawanan berturut-turut. |
Gomes sekali lagi memperoleh peluang keemasa pada minit ke-88 apabila umpanan Chanturu singgah tepat ke kepalanya namun tandukan pemain tengah itu berjaya diselamatkan Shahril, sekali gus menafikan gol kemenangan tuan rumah.
Keputusan ini tidak merubah kedudukan Melaka United di tangga ke-10 Liga Super dengan 11 mata, dibezakan tiga mata dari zon penyingkiran.
Foto: MUSA
Foto: MUSA