.

.

Perak 0-0 Melaka United


Perlawanan kesepuluh Liga Super menyaksikan Melaka United bertandang ke Stadium Perak di Ipoh menentang skuad The Bos Gaurus.

Melaka United turun ke gelanggang lawan mencari kemenangan selepas tewas empat perlawanan berturut-turut Liga Super dan ini merupakan aksi pertama skuad selatan tanah air ini di bawah pengendali baharu, E. Elavarasan.

Penjaga gol baharu yang ditandatangani dari Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat dipilih bagi menggalas tugas selaku ketua pasukan berbanding R. Surendran.








Powered by Blogger.