.

.

Black perkuat barisan pertahanan


Jendela perpindahan kedua Liga Malaysia digunakan sebaik mungkin Melaka United apabila membawa masuk pemain baharu kelima, Mohamad Faris Shah Mohd. Rosli bagi memperkukuhkan benteng pertahanan.

Pemain muda berusia 23 tahun ini merupakan rekrut ketiga dari pasukan Kelantan selepas Khairul Fahmi Che Mat dan S. Veenod dibawa masuk ketua jurulatih, E. Elavaran ke Melaka United.

Kehadiran Black dijangka dapat memperkukuhkan benteng Melaka United.
Mohamad Faris Shah atau Black merupakan seorang pemain verstail apabila boleh beraksi sebagai pertahanan tengah, posisi tengah bertahan dan juga di bahagian sayap.

Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) hari ini mengumumkan penyertaan Black yang pernah menjadi tonggak penting ketika bersama skuad Harimau Muda A dan B.

Black diberikan jersi nombor lapan yang sebelum ini dipakai Jeon Woo Young.
"Black turut menjadi tonggak Skuad bawah 23 tahun (B23) kebangsaan bimbingan Frank Bernhardt yang beraksi di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

"Semoga dengan kehadiran beliau bakal memperkuatkan barisan pertahanan Skuad Hang Tuah menghadapi perlawanan-perlawanan akan datang," katanya menerusi akaun Facebook rasmi kelab.

Faridzuean beralih angin selepas peluang terhad di Melaka.
Difahamkan perpindahan ini melibatkan pertukaran pemain apabila penjaga gol simpanan, Mohamad Faridzuean Kamaruddin beralih arah kembali menabur bakti di negeri kelahirannya, Kelantan.

Sepanjang jendela perpindahan kedua ini, Melaka United membawa lima muka baharu seperti Khairul Fahmi, Veenod, Mohamad Syahrul Azwari Ibrahim, Lee Chang dan Ifedayo Olosegun.

Foto: TRW, Media Sosial
Powered by Blogger.