Gamsahamnida The Special Jeon!


Selamat tinggal 'The Special Jeon' atau Jeon Woo Young. Seperti semua sedia maklum, pemain tengah dari Korea Selatan ini digugurkan bagi memberi ruang kepada rakan senegaranya, Lee Chang Hoon bagi mengisi kouta import Asia.

Namun, Jeon yang dibawa masuk pada tahun lalu cukup dekat di hati penyokong Melaka United menerusi permainan konsisten biarpun pada ketika pasukan gagal mencatatkan keputusan baik.
Lumrah dalam bola sepak, pengurusan dan pemain datang dan pergi.

Jeon cukup disenangani pemain dan penyokong Melaka United.
Selepas jendela perpindahan kedua Liga Malaysia ditutup minggu lalu, Jeon hari ini mengambil kesempatan menyampaikan isi hatinya selepas digugurkan Melaka United.

"Kepada penyokong Melaka United, pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kecintaan yang diberikan sejak 2017 hingga pertengahan tahun ini.

"Saya sebagai pemain bola sepak gembira dapat menjadi sebahagian daripada keluarga Melaka United.


"Keduanya, saya ingin tujukan rasa hormat dan berterima kasih kepada pengurusan Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) dan penyokong atas pengalaman yang tidak dapat dilupakan ini.

"Terakhirnya, saya berharap dapat berjumpa kalian semua biarpun telah meninggalkan pasukan ini. Saya rasa sedih dan sedih tetapi inilah bola sepak. Saya akan terus menyokong dan menyayangi Melaka United selamanya. Terima kasih," katanya.

Kami di Melaka United Media mengucapkan terima kasih dan berharap Jeon akan berjaya di mana sahaja beliau berada. Gamsahamnida Super Jeon!

Foto: MUSA Video: Jeon