.

.

Ifedayo lengkapkan kouta import?

Penyerang dari Nigeria, Ifedayo Olusegun Patrick Omusuyi atau Ifedayo dilaporkan telah mengikat kontrak bersama Melaka United sekali gus melengkapkan kouta pemain import musim ini.

Kehadiran pemain berusia 27 tahun dari kelab Bahrain, Al-Hidd itu berpengalaman beraksi dalam kancah bola sepak Malaysia bersama pendahulu Liga Perdana, Felda United pada 2017.

Ifedayo pernah beraksi di Malaysia bersam Felda United
Perkara ini disahkan sendiri Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Mohd. Yusoff Mahadi kepada Astro Arena semalam.

"Sekarang kita sedang menuggu kehadiran pemain gantian untuk jendela perpindahan kedua ini. Pemain yang dimaksudkan pernah bermain dengan Felda United.

"Kita harap kehadiran pemain ini dapat membantu Melaka United memperkuatkan barisan serangan," katanya.

Mohd. Yusoff sebelum ini memberitahu seorang penyerang dari Nigeria bakal dimengisi slot pemain import Melaka United bagi menggantikan Yahor Zubovich.


Namun selepas jendela perpindahan kedua ditutup pukul 12 malam tadi, difahamkan Ifedayo telahpun menandatangani kontrak bersama Melaka United sementara Zubovich yang meledak tujuh gol Liga Super masih kekal bersama pasukan.

Timbul ura-ura menyatakan Zubovich tidak digugurkan dan bakal berpasangan bersama Ifedayo di jentera serangan sementara seorang lagi pemain import, Jeon Woo Young bakal dipinjamkan ke Pulau Pinang.

Kedudukan itu meletakkan kouta import antarabangsa Melaka United diisi Zubovich, Ifedayo, Steven Thicot sementara Lee Chong Hoon bagi Asia dan Shahdan Sulaiman (ASEAN).

Foto: FUFC
Powered by Blogger.