.

.

Kedah 0-2 Melaka United


Rentetan rekod lapan perlawanan tanpa kemenangan Melaka United berakhir selepas melakar kejutan menundukkan Kedah, 2-0 di Stadium Darul Aman.

Membariskan tiga pemain baharu seperti Mohamad Syahrul Azwari Ibrahim, S. Veenod dan pemain import baharu dari Korea Selatan, Lee Chong Hoon.

Mempamerkan aksi positif sejak wisel sepak mula dibunyikan, Melaka United membuka tirai jaringan menerusi Yahor Zubovich pada minit ke-43.

Chong Hoon memastikan debut yang cemerlang apabila menambah gol kedua Melaka United pada minit ke-90 sekali gus melonjakkan pasukan itu ke tangga kesembilan Liga Super.
Powered by Blogger.