.

.

Kempen 1 Penyokong 1 Bendera


Setiap penyokong digalakkan membawa seorang satu bendera ketika perlawanan Liga Super menentang Kuala Lumpur di Stadium Hang Jebat, Krubong, Sabtu ini.

Kempen 1 Penyokong 1 Bendera ini digerakkan sendiri oleh Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) bagi mencipta satu suasana baharu di gelanggang keramat pasukan itu.

Menerusi akaun media sosial rasmi pasukan, MUSA mengajak seluruh warga Melaka turun beramai-ramai ke stadium bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan yang semakin meningkat naik tersebut.

Melaka United berada pada prestasi terbaik di bawah bimbingan E. Elavarasan.
"Sorakan padu amat diperlukan kerana suara anda bukan sahaja suara penyokong Melaka malah suara bola sepak negeri yang bertuah ini.

"Sehubungan itu, tunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi anda kepada pasukan Melaka United dengan membawa bendera negeri bagi menjayakan hasrat 1 Penyokong 1 Bendera pada perlawanan itu," katanya.

Melaka United mencatatkan dua kemenangan berturut-turut dalam perlawanan terbaharu selepas menundukkan Kedah 2-0 sebelum menang 4-3 dalam perlawanan dramatik menentang Kuala Lumpur.

Foto: MUSA
Powered by Blogger.