.

.

'Tempang' melayan kunjungan JDT


Melaka United bakal melayan kunjungan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) malam ini tanpa ketua jurulatih dan tiga pemain pinjaman daripada pasukan berkenaan.

Memetik laporan BH Online semalam, tugas E. Elavarasan bakal diambil pembantunya, Ridzuan Abu Shah kerana beliau kini menjalani kursus kejurulatihan Pro A di Indonesia dan hanya akan kembali Sabtu ini.

Sementara itu, trio pinjaman JDT, Muhamad Syahrul Azwari Ibrahim, S. Chanturu dan R. Gopinathan terpaksa diketepikan kerana terikat dengan syarat pinjaman pasukan lawan.

Syahrul Azwari bakal diketepikan pada aksi menentang majikannya, JDT.
"Tiada banyak perubahan yang akan dilakukan. 

"Situasi ini sedikit menggusarkan, namun saya tetap yakin dengan persembahan pasukan walaupun tanpa khidmat trio berkenaan," katanya.

Ridzuan berkata, beliau berharap barisan yang diturunkan tidak terlalu menghormati lawan, sebaliknya perlu yakin dengan kemampuan diri untuk cuba memerangkap anak buah Raul Longhi.

"Walaupun sukar, kami harap dapat melakukan kejutan menewaskan lawan, tetapi jika meraih satu mata, ia tetap satu kejayaan," kata bekas pemain Melaka dan Kuala Lumpur itu.

Foto: MUSA
Powered by Blogger.