.

.

Chang-hoon cuba nasib bersama Pahang


Jodohnya hanya setengah musim di Melaka United dan kini pemain tengah dari Korea Selatan, Lee Chang-hoon nampaknya mahu kekal beraksi di Liga Super Malaysia.

Pemain kelahiran Incheon berusia 32 tahun itu dilaporkan sedang menjalani sesi percubaan bersama skuad Liga Super Pahang selepas kontraknya tidak disambung pengurusan Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA).

Menurut gambar yang dikongsikan di Facebook rasmi Pahang FA, Chang-hoon dilihat menjalani sesi latihan di sebuah gim di Indera Mahkota, Pahang bersama seorang lagi pemain import.

"Latihan harian skuad Pahang pada petang ini turut disertai dua orang pemain import yang sedang di nilai untuk menyarung jersi Pahang 2019," katanya hari ini.

Pahang yang dbimbing Dollah Salleh merupakan antara pasukan pilihan bagi mencabar juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi saingan Liga Super musim depan.

Diharapkan Chang-hoon berjaya memikat pengurusan Pahang untuk disenaraikan sebagai pemain import baharu pasukan Pantai Timur itu sekai gus membuktikan Melaka United silap melepaskannya akhir musim 2018.

Foto: Pahang FA
Powered by Blogger.