Fortunato ke Melaka United?


Ilija Spasojevic, Marco Simic, Ifedayo Olusegun dan kini Melaka United memerlukan penyerang import prolifik baharu untuk mengetuai jentera serangan bagi menghadi kancah Liga Malaysia musim depan.

Beberapa nama dikaitkan termasuk bekas penyerang Kedah, Sandro Da Silva Mendonca dan kini bintang Liga Perdana, Gilberto Valdenesio Fortunato yang cemerlang bersama Felda United, mungkin ke Melaka.

Penyerang dari Brazil berusia 31 tahun itu dikatakan bakal mengikut jejak langkah bekas rakan sepasukan, Mohd. Shukor Adan ke Melaka United yang dilihat memerlukan penyerang tengah untuk berpasangan dengan Ifedayo.

Namun, jika dibandingkan nisbah gol dengan rakan sepasukannya, Thiago Agusto Fernandes, Fortunato berada di belakang penyerang tersebut selepas 16 gol daripada 29 perlawanan sementara Tiago (22/29).

Mungkinkah Fortunato yang juga pernah beraksi untuk PKNP FC mampu menjadi prolifik selepas menyertai Melaka United?