Sandro bakal tiba di Jebat?


Selepas mengikat lapan pemain tempatan baharu, Melaka United dijangka memperkuatkan skuad berwajah baharu itu dengan mengikat bekas penyerang Kedah, Sandro Da Silva Mendonca.

Penyerang yang memiliki kepakaran dalam sepakan percuma itu dilaporkan sedang mengadakan rundingan dengan Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Yahor Zubovich.

Sandro yang kini bercuti di negara asalnya, Brazil sebelum ini memaklumkan kepada Berita Harian dia belum menerima sebarang tawaran rasmi daripada pasukan yang menunjukkan minat terhadapnya termasuk Felda United.

Ifedayo menjadi pemain import tunggal dikekalkan untuk musim depan.
Jika perbincangan berjalan lancar, Sandro dijangka berpasangan dengan seorang lagi penyerang prolifik Melaka United yang dikekalkan, Ifedayo Olusegun bagi mengetuai jentera serangan musim 2019.

Namun, tiga lagi pemain import termasuk dari ASEAN seperti Shahdan Sulaiman dari Singapura, Steven Thicot (Perancis) dan Lee Chang Hoon (Korea Selatan) tidak disambung kontrak masing-masing.

Foto: MUSA, KFA