.

.

Seok-won teruskan 'legasi k-pop' di Melaka United


Bekas pemain skuad bawah 23 tahun (B23) Korea Selatan, Jang Seok-won meneruskan kesinambungan 'k-pop' di Melaka United selepas dilaporkan menyertai Melaka United sebagai pemain import Asia.

Pertahanan tengah berusia 29 tahun itu merupakan pemain import keempat dari Korea Selatan dalam tempoh tiga tahun selepas muncul juara Liga FAM pada 2015.

Pada 2016, Melaka United yang ketika itu dibimbing Mat Zan Mat Aris membawa masuk pertahananan, Shin Jae-Pil diikuti Jeon Woo-Young dan musim lalu, Lee Chang Hoon.


Seok-won yang mempunyai ketinggian 186 sentimeter (cm) dilihat telah memulakan latihan bersama rakan sepasukan kelmarin termasuk dua lagi tonggal import, masing-masing dari Serbia dan Montenegro.




Pemain itu memulakan karier bola sepak di Dankook University sebelum berhijrah ke Seongnam FC, Sangju Sangmu dan Fagiano Okayama, kelab yang baharu disertai pemain muda negara, Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak.

Namun, sepanjang musim lalu difahamkan pemain ini tidak beraksi untuk sebarang kelab sebelum menyertai Melaka United.


Walau bagaimanapun, diharapkan pengalaman Seok-won beraksi di pentas besar seperti kejohanan Piala Kelab Dunia FIFA dan Liga Juara Juara Asia diharapkan dapat membantu Melaka United membina benteng ampuh bersama pemain tempatan.

Foto: MUSA
Powered by Blogger.