.

.

Shukor kapten baharu?


Anak jati, Mohd. Shukor Adan dijangka memakai lilitan ketua pasukan Melaka United musim depan.

Gambaran pemilihan Shukor dapat dilihat pada perlawanan antara Melaka United dan Selangor United malam tadi apabila diberikan lilitan tersebut berbanding Safiq Rahim yang turut disenaraikan dalam kesebelasan utama.

Selain daripada dua bekas pemain kebangsaan itu, penyandang kapten, Khairul Fahmi Che Mat dan bekas ketua pasukan Pahang, Razman Roslan merupakan calon bakal mengetuai pasukan musim depan.


Namun, Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek dan Razman tidak diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan.


Tugas untuk naib kapten mungkin akan diserahkan ketua jurulatih, Zainal Abidin Hassan kepada Apek.

Foto: MUSA
Powered by Blogger.