Dua bekas kapten skuad kebangsaan, Mohd Shukor Adan dan Safiq Rahim mengetuai senarai sembilan muka baharu Melaka United bagi mengharungi kempen Liga Malaysia musim depan.
Antara pemain lain yang turut menyertai Melaka United adalah bekas pemain Selangor, Saiful Ridzuan Selamat dan Razman Roslan, Wan Amirul Afiq Wan Abdul Rahman, Mohd. Nazrin Nawi, Raimi Md Noor (Pulau Pinang), R. Gopinathan (JDT) dan Oscar Wong Tse Yang.
Khairul Fahmi dijangka kekal bersama Melaka United. |
Difahamkan semua pemain berkenaan menandatangani kontrak selama setahun yang dilakukan di Seri Negeri, Ayer Keroh sebentar tadi disaksikan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Adly Zahari dan timbalan, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi.
Selain membawa masuk muka baharu, ketua jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hasan mengekalkan beberapa pemain lama seperti Nurshamil Abdul Ghani, Muhammad Faizal Muhammad, Khairul Fahmi Che Mat, Ahmad Khuzaimi Piee dan Muhamad Faris Shah.
Foto: MUSA, Melakakini