.

.

Tiga pemain import diuji hari ini


Melaka United terus mempersiapkan pasukan bagi menghadapi kempen Liga Malaysia musim depan apabila dilaporkan menguju tiga pemain import petang tadi.

Menerusi gambar yang tular di media sosial, difahamkan tiga pemain tersebut berasal dari Korea Selatan sementara dua lagi pemain tidak dapat dipastikan dari mana namun difahamkan berasal dari Serbia.

Sebelum ini Persatuan Bola Sepak Melaka United mengumumkan hanya mengekalkan Ifedayo Olusegun sebagai pemain import musim depan namun sehingga kini kelibat pemain berkenaan masih belum kelihatan.

Namun, nama Ifedayo yang beraksi cemerlang sepanjang separuh musim lalu itu tidak disertakan dalam senarai pemain-pemain yang dikekalkan untuk musim 2019.


Sebelum ini beberapa nama seperti Sandro Da Silva Mendonca, Gilberto Fortunato dan lain-lain disebut-sebut bakal menyertai Melaka United namun sehingga kini tiada pengesahan rasmi dibuat pasukan.

Foto: MUSA
Powered by Blogger.