.

.

7 soalan Patrick Reichelt


Patrick Alcala Reichelt dipilih sebagai pemain import Melaka United bagi kuota ASEAN musim ini.

Pemain sayap yang juga boleh beraksi sebagai penyerang ini difahamkan menjadi import pertama menandatangani kontrak bersama Melaka United sebelum empat lagi melakukannya hari ini.

Melaka United Media membawakan kepada tujuh soalan kepada pemain import baharu ini yang dijangka diperkenalkan dalam masa terdekat oleh pengurusan Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA).

1. Adakah anda telah mengenali rakan sepasukan di Melaka United?

Saya kenal beberapa tetapi tidak begitu rapat. Saya pernah beraksi menentang mereka sebelum ini ketika bersama Ceres-Negros dan pasukan kebangsaan. Saya dan Liridon Krasniqi berkongsi rakan yang sama namun kami tidak pernah sekali pun berjumpa.
2. Anda pernah menyaksikan perlawanan Liga Malaysia sebelum ini?

Sejujurnya belum lagi tetapi saya maklum mengenai keterujaan peminat di Malaysia terhadap bola sepak.


3. Apakah posisi terbaik anda?

Kebiasaannya saya beraksi di bahagian sayap kanan tetapi adakalanya ditolak ke atas sebagai penyerang.

4. Membesar di Jerman dan beraksi di Filipina dan Thailand. Adakah pengalaman itu membantu membentuk anda seperti sekarang?

Bola sepak di Asia Tenggara cukup berbeza dan pengalaman beraksi di rantau ini sudah pastinya membantu saya menjadi seorang pemain yang anda saksikan hari ini.



5. Kenapa anda mengambil keputusan berhijrah ke Malaysia?

Saya sebenarnya masih mempunyai kontrak semusim lagi bersama Ceres dan tidak berhasrat melakukan perubahan (dalam karier). Namun disebabkan beberapa masalah peribadi telah membuatkan saya menukar fikiran untuk berpindah. Saya gembira apabila Ceres memberikan kerjasama sepenuhnya berhijrah. Saya mengadakan beberapa perbincangan dengan beberapa wakil pasukan dari Thailand dan Malaysia selepas kempen Piala AFF Suzuki 2018. Ketua jurulatih, Zainal Abidin Hassan menghubungi sebelum saya ke Piala Asia dan memberikan gambaran menarik tentang Melaka United dan sasaran bagi musim ini.



6. Adakah anda mengenali Melaka United sebelum ini?

Saya tidak begitu biasa dengan bola sepak Malaysia sebelum ini, jadi saya tidak begitu mengenalinya.

7. Tidak ramai pemain dari Filipina beraksi di sini. Apakah sasaran anda untuk musim ini?

Saya telah menyaksikan pasukan menjalani latihan sejak beberapa hari lalu dan tertarik dengan kualiti yang ada pada setiap pemain import dan tempatan. Melaka United merekrut pemain-pemain yang bagus dan saya yakin kami mampu lakukan kejutan tahun ini sama ada aksi di peringkat liga mahupun piala. Pastinya akan ada kejutan.

Foto: Ceres FC, Patrick Reichelt
Powered by Blogger.