.

.

Casagrande diuji menentang Negeri Sembilan?


Bekas penyerang Felcra United dan Kuala Lumpur, Anselmo Arruda Da Silva atau lebih dikenali sebagai Casgrande dilaporkan bakal diuji Melaka United bagi aksi pramusim menentang Negeri Sembilan malam ini.

Penyerang bertubuh sasa berusia 32 tahun itu merupakan watak penting buat Felcra United muncul sebagai naib juara Liga Premier 2018 di belakang Felda United.

Menariknya, pemain kelahiran Brazil itu muncul penjaring terbanyak Liga Premier 2018 dengan 18 gol dan merekodkan 21 gol daripada 24 perlawanan dalam semua kejohanan sekali gus dinobatkan Penjaring Terbanyak Liga Premier 2018.


Casagrande pernah beraksi untuk Kuala Lumpur pada 2016, menjaringkan 9 gol daripada 13 perlawanan.

Melaka United pada aksi pertama pramusim 2019 menentang pendatang baharu Liga Premier, Selangor United telah menguji tiga pemain import, Jang Seok-won, Luka Milunovic dan Darko Markovic.

Dan Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) menerusi status di Facebook rasmi pasukan memberi bayangan akan ada pemain import lain akan diuji hari ini bagi aksi menentang Negeri Sembilan.


"Siapakah yang bakal diturunkan dan pemain import manakah yang bakal diuji oleh Ketua Jurulatih, Zainal Abidin Hassan? Semuanya bakal terjawab pada perlawanan itu nanti," katanya.
Powered by Blogger.