.

.

Casagrande sumbang dua gol belasah Warriors FC 5-1


Pemain mula menunjukkan keserasian dan ketajaman penyudah penyerang import dari Brazil, Anselmo Arruda da Silva 'Casagrande' merupakan faktor Melaka United membenam Singapore Warriors 5-0 di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Biarpun kali pertama diturunkan, Casagrande yang pernah beraksi untuk Felcra FC dan Kuala Lumpur tampak tidak kekok dan mudah menyesuaikan diri dengan taktikal yang cuba diterapkan Zainal Abidin Hassan.

Ketika kebanyakan penyokong mahu Ifedayo Olusegun kembali menyertai Melaka United, kehadiran Casagrande dilihat cukup signifikan terhadap jentera serangan skuad Hang Tuah.

Pada aksi persahabatan ketiga malam tadi, Casagrande tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan seawal minit ke-15 bagi meletakkan Melaka United di depan.

Deevan Raj menggandakan jaringan Melaka United 12 minit kemudian sebelum Casagrande menambah jaringan peribadi kedua pada minit ke-34.

Luka Milunovic terus cemerlang menjaringkan gol ketiganya dalam tiga perlawanan apabila menambah gol keempat Melaka United pada minit ke-39.

Babak kedua menyaksikan anak tempatan, Nurshamil Abdul Ghani meledak gol pertamanya musim ini pada minit ke-54 bagi meletakkan Melaka United selesa 5-0 di depan.


Bagaimanapun, Singapore Warriors FC merapatkan jurang pada minit ke-83 menerusi jaringan Sahil Suhaimi namun itu sudah terlambat untuk mencipta kebangkitan.

Powered by Blogger.