.

.

Jelajah Pramusim: Melaka United terbang ke Vietnam


Melaka United terus mempersiapkan pasukan menjelang pembukaan musim 2019 bulan depan dengan menghadapi jelajah pramusim ke negara juara Piala AFF Suzuki 2018, Vietnam.

Pasukan bimbingan Zainal Abidin Hassan itu setakat ini merakamkan dua kemenangan dalam kedua-dua perlawanan menentang Selangor United dan Negeri Sembilan sementara pada malam ini Melaka United akan beraksi menentang Singapore Warriors FC.

Menurut Twitter Vietnam Footbal, Melaka United bakal bertemu pasukan yang menamatkan saingan di tangga ketujuh V. League, Saigon FC pada 15 Januari ini di Stadium Quan Khu 7, Ho Chi Minh, Vietnam.


Selain Siagon, Melaka United dijangka mengadakan pertemuan dengan sekurang-kurangnya dua pasukan lain sebelum berangkat pulang ke tanah air.

Pada jelajah pramusim 2018, Melaka United terbang ke Vietnam mengadakan tiga aksi persahabatan namun satu daripada pertemuan tersebut dibatalkan.

Pemain Melaka United giat menjalani latihan menjelang aksi pramusim menentang Singapore Warriors malam ini.
Perlawanan pertama menentang Binh Duong menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 sementara aksi kedua menentang Long An FC, Melaka United tumpas 1-2. 

Bagaimanapun pertemuan menentang Can Tho FC dibatalkan.
Powered by Blogger.